• Hadis 6/40 : Imam Nawawi

    Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

1Malaysia...

Posted by Sharifuddin On 6:42 PM 0 comments

1MALAYSIA KINI:
Malaysia kini telah menjadi sebuah negara yang sangat2 membangun dengan terciptanya  DUA JET  PEJUANG TANPA ENJIN dan SEBUAH KAPAL SELAM YANG TIDAK BOLEH MENYELAM hasil daripada kebijaksanaan pemimpin kerajaan BARANG NAIK(BN)..
Sehubungan dengan itu, rakyat dinasihatkan mengundi calon2 BN pada PRU ke 13 untuk mendapat KESENGSARAAN dunia!!!
Dengan terlaksananya GST, rakyat juga akan mendapat "kemudahan" membayar cukai untuk kegunaan kroni2 BN selaras dengan gagasan 1MALAYSIA"RAKYAT DIPERBODOHKAN, PENCAPAIAN DIKETEPIKAN"

Asalamalaikum dan salam sejahtera.

Keputusan penolakan rayuan saya oleh 5 orang hakim mahkamah persekutuan di Putrajaya pagi tadi (9 Feb 2010) telah diduga dan ramai rakyat Malaysia jua mengagakkan yang sama. Namun keputusan yang mengiyakan keputusan mahkamah rayuan terdahulu, tidak sekali menghalalkan rampasan kuasa kerajaan PR oleh Najib Tun Razak pada 5 Feb 2009. Ia juga tidak mengesahkan/ menghalalkan kerajaan BN yg diterajui oleh YB Zambry Kadir.

Apa yang jelas, hakim telah mengenepikan segala prinsip perlembagaan dan dahuluan (precedents) yang dibuat terdahulu oleh ramai hakim terulung dalam kes yang seakan2 sama sebelum ini. Kita menerima dengan terbuka hati dalam kesedihan kerana keputusan ini cukup berisiko tinggi di masa akan datang bagi negara Malaysia yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa, demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Keputusan ini cukup merbahaya kepada masa depan falsafah dan doktrin ini.

Implikasinya ialah Yg di Pertuan Agong atau Sultan berkuasa memecat dan melantik sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri atau MB tanpa ke Parlimen atau DUN. Sistem pilihanraya juga boleh tercemar. Ini yang dikhuatiri akibat keputusan tesebut.

Apapun kita tetap percaya bahawa mahkamah hanya mentafsir undang2 dan penentuan siapa kerajaan dan siapa MB mesti ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya bebas dlm pembubaran DUN. Saya merayu agar semua penyokong PR khususnya di Perak agar bertenang dan bersabar dlm menghadapi masa yang getir ini. Yakin dan percayalah bahawa pasti ada hikmah dan barakah dalam ketentuan pagi tadi. Jangan kita bertindak melulu dan liar serta membuat sesuatu provokasi. InshaAllah kita akan atur strategy bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana masih ada 2 kes di mahkamah tinggi KL dan mahkamah session Ipoh untuk menentukan status dan kedudukan 3 ekor katak yg melompat tempoh hari. Kita trus berdoa.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga dan rakyat Perak yg menyokong PR dan akan trus menyokong PR demi keadilan dan kebenaran terlaksana di Perak. Saya juga bermohon banyak kema'afan dan keampunan kepada semua jika terdahulu ada terkeluar kata2 atau perwatakan yang tidak disengajakan. Lawan tetap lawan bagi memulihkan demokrasi dan memberi semula hak kepada rakyat Perak yang mana hak tersebut telah di rampas oleh UMNO BN. Tertanya juga kadang2 bahawa masih ada tangan2 ghaib yang menghantui kebebasan hakim sehingga tergamak sedemikian rupa!!

Selamat berjuang. Hidup Rakyat.!!
YB DS Nizar (ADUN Pasir Panjang, MP Bukit Gantang)

HARUSSANI MOHON TANAH DARI ZAMRY

Posted by Sharifuddin On 6:13 PM 0 comments

Pintu bilik pejabat aku dibuka, terjengoi Setiausaha aku, Noni dan terus bagitau "Encik, ada sorang haji nak jumpa".

"Haji!! dari mana?" balas aku. "Mintak derma kot... Awak bagilah sepuluh ringgit duit petty cash tu" aku terus arah Noni kerana aku malas nak layan Haji tu.

"Saya dah tanya.... dia kata bukan minta derma tapi ada hal lain... Hal blog... dia nak jumpa Encik jugak" Noni ni cekap juga, tahu saja perangai aku, dia mesti soal macam-macam sesiapa yang nak jumpa aku.

Cerita blog-blog ni bahaya. Noni dan semua staff kat pejabat aku pun tak tau aku Lee Copper. "Tak palah pangge dia masuk".

"Ok!" Noni terima arahan sambil keluar ke tempatnya.

Seketika kemudian Noni buka pintu dan mempersilakan Haji itu masuk.

"Assalamualaikumwarahmatullah..." Haji itu bagi salam sambil hulur tangan untuk berjabat tangan dengan aku. Aku yang berdiri untuk sambut Haji tu terus menghulur tangan sambil jawap salamnya. Aku persilakan Haji itu dudok .

"Ada apa yang boleh saya bantu" aku buka bicara.

"Saya Haji Sapaq.... kalau ikut maqraj Arab sebut Haji Safar" beliau menyebut perkataan SAFAR macam Arab. "Saya mai daghi Paghit Buntaq.... saya imam Masjid Paghit Tok Chah".

Haji Safaq terus bercakap "Sebenaqnya saya ni sepupu dengan Tan Sri Harussani... mak saya mak penakan dia.... Kami ni kira orang KULAAN la..... saya mai ni pasai dia lah".

"Pasai apa?" tanya aku. "Pasai Harusani pi semahyang hajat dengan Zamri...... Saya pun depa suruh pi tapi saya jenih ketegaq.... tak dak pasai saya nak pi semahyang hajat dengan Zamry kurang ajaq nih" Haji Safaq mula tinggi suara.

"Saya minta kalau boleh la..... Encik Lee tolonglah buboh dalam blog Lee Cooper perkara yang saya nak bagi tau ni" Haji Safaq terangkan kehendaknya.

"Bukan Lee Cooper.... Lee Copper......Blog saya ni koman saja.... Tuan Haji carilah Al-Banjari ka.... kan ke dekat dengan rumah Tuan Haji..... Kalau tidak Mat Saman Kati ka.... Manjung Mari ka..... " balas aku.

"Ha.... Lagi satu saya nak tanya tuan Haji sikit boleh ka?" soal aku. "Apadia?" balas Haji Sapaq.

"Macamana haji tau blog saya Lee Copper? Saya tak pernah bagitau orang pun. Secretary sayapun tak tau" aku menyoal.

"Tu senang saja.... saya tengok IP address" jawab Haji Sapaq dengan yakin. Aku mula konfius. Kalau Haji ni boleh dapat IP address akupun bukan dia tau aku sapa dan di mana pejabat aku. Kacau.... kacau. Tapi lantaklah..... Layanlah....

"Encik Lee tau ka? Harussani tu memang berlagak nak mampuih dari dulu lagi" Haji Safaq dah mula buka cerita.

"Masa dia jadi Kadhi Besaq di Penang dulu dia dah belagak habih.... Kereta kerajaan Volvo 240.... dia pulak beli Nissan Cefiro. Kalau mai kot kampung kami dia dudok dalam Cefiro tu jelin tak jelin saja kat kami kat tepi jalan..... bawak kereta laju macam setan. Lani pun kalau tengok dia pi market ka... pasar tani ka... dia bawak orang gaji... tapi orang gaji tu haram tak pakai tudungpun... Mufti apa macam tu" laju Haji Safaq bercerita.

"Maaf Haji, cerita jenih ni saya tak boleh buboh dalam blog saya.... kalau betoi pun depa kata saya fitnah..... Saya mengaku memang saya dok kutuk Harusani.... tapi saya kutuk saja... reka cerita saya tak buat" aku cuba mengelak jadi penyebar cerita Haji Sapaq yang entah betul entah tidak dalam blog aku.

"Encik Lee tok sah takut..... saya boleh tulih ataih kertas cerita saya..... Encik Lee cuma kopi masuk blog saja....kendian saya boleh buat surat sumpah kata memang saya yang tulis cerita dalam blog tu". Haji Sapaq cuba yakinkan aku.

"Ya ka?" tanya aku ringkas. "Ya la" jawab Haji Sapaq.

"Tak pa... tak pa... haji cerita dulu kat saya... nanti saya pikiaq lagu mana" kata aku yang memang seronok dengar cerita pelik-pelik ni.

"Encik Lee tau ka pasai apa Harusani tu pi semahyang hajat dengan Zambri..... lepaih tu arah imam-imam dengan bilal masjid wajib pi". Aku bagi tumpuan pada cerita haji tu.

"Harusani yang bagi akai kat mamak sekoq tu.... pangge semua imam-imam, bilal, budak-budak sekolah agama satu Peghak..... buat semahyang hajat..... di ghumah dia......... orang lain yang muka macam kawaq semua tu buat wayang saja..... bagi nampak ramai". Haji Sapaq bercerita sambil tangannya diutau ke sana-sini.

"Dia dah lagho..... buat kerja ikut nafsu..... dia ni bukan buat kerja kerana Allah.... tak dak aih... lagi tua ni lagi dia merapu.... bagi sayat tuhan diapun bukan Allah lagi.... tapi UMNO.... Lebih Melayu dari Islam.... Macam Encik dok tulih Harussani ni Mufti Melayu Purba tu memang tepat" Haji Sapaq mengutuk Harussani.

Haji Sapaq menambah lagi "Encik Lee, ni saya nak habaq.... Zamry cukup suka kat Harusani.... dia bagi balak 2 kompatmen..... boleh jadi mufti selagi dia mahu".

Dapatlah..... Tanah kat Aku....... Amin!!!!

"Baghu ni masa Harusani sembang dengan mamak tu pasai nak buat semahyang hajat..... mamak offer dia tanah lot di Meru Height untuk buat banglo.... tapi Harusani tak mau.."

"Pasai apa dia tak mau" tanya aku.

"Pasai Harusani nak tanah dekat Padang Polo"

"Dia nak buat apa tanah dekat Padang Polo? Itu sudah lebih!!!" sampuk aku.

"Harusani dah tua... dia nak buat MAKAM DI PADANG POLO" jelas Haji Sapaq

"Ada ka.." belum sempat aku habih bercakap, tiba-tiba....

Tok... tok... tok.... "Abah bangun bah Zohor dah nak habis ni!!" aku dengar suara anak aku ketuk pintu bilik kejutkan aku dari tidur.

Ciss mimpi lagi.... mimpi di siang hari pulak tu. Tapi mimpi Harusani minta tanah nak buat KUBUR di PADANG POLO, IPOH.... Kah... kah... kah....

DOAKAN KEMENANGAN UNTUK DS NIZAR

Posted by Sharifuddin On 3:28 PM 0 comments

Pada sebelah pagi semalam telah berlangsung satu aktiviti konvoi yang melibatkan YB-YB Pakatan Rakyat Perak,AJK dari parti PAS,DAP dan PKR serta para penyokong Pakatan Rakyat.Tujuan konvoi ini adalah untuk bertemu dengan rakyat Perak dan secara tidak langsung akan meneruskan desakan supaya DUN Perak dibubarkan.Sebuah bas menghala ke selatan Perak yang diketuai oleh saudara Amran Harun dan sebuah lagi ke utara Perak diketuai oleh YB Khalil Idham.Pelbagai tempat telah dirancang untuk para pemimpin PR ini bertemu dengan rakyat dan program kemuncak adalah ceramah kelompok.Turut sama dalam aktiviti konvoi ini adalah YB Ramli Tusin.Beliau turut menyampaikan ceramah di kawasan Kedai 4,di bawah Dun Titi Serong bersama-sama dengan YB Tai Sing Ng(Kuala Sepetang).Kedua-dua YB ini membangkitkan kembali kisah rampasan kuasa yang dilakukan oleh Umno/BN.Bubar DUN patut dilaksanakan supaya kerajaan yang sah dapat ditubuhkan.Rampasan kuasa oleh Umno/BN itu adalah satu kezaliman kerana mereka menggunakan pelbagai taktik kotor untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat.Sehubungan dengan itu,seluruh rakyat Perak doakanlah kemenangan akan berpihak kepada DS Nizar.Jika hal ini menjadi kenyataan,DS Nizar tidak akan teragak-agak untuk menghadap sultan untuk memohon pembubaran DUN.Apa pun DS Nizar perlu menang pada 9hb Februari ini.Ayuh rakyat Perak semua kita tentang kezaliman yang telah dilakukan oleh Umno/BN ini!!!!!Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar!!!!

YB Ramli Bin Tusin(ADUN Gunong Semanggol)

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!

Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!
YB DS Nizar(MB Perak yg SAH!!!)

Zambry gelisah!!

Posted by Sharifuddin On 5:33 PM 0 comments

IPOH, 6 Feb: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kerajaan BN/Umno semakin resah gelisah sehingga menggunakan jentera kerajaan termasuk setiausaha kerajaan negeri (SUK) untuk mengerah pegawai kerajaan dan isteri hadir solat hajat di kediaman menteri besar malam ini.
Setiausaha PAS negeri, Misbahul Munir Masduki berkata, Pakatan Rakyat (PR) sering menganjurkan solat hajat waktu menjadi kerajaan tetapi tidak pernah menggunakan SUK atau jabatan agama untuk mengerah pegawai kerajaan hadir.
“Kita guna jentera parti pertahan kerajaan tetapi Umno/BN guna jentera dan pegawai kerajaan untuk pertahan kerajaan. Jadi Umno peralat pegawai kerajaan untuk kepentingan politik,” ujarnya.
Selain itu, katanya penyelaras masjid juga diperkuda untuk mengerah pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid melalui panggilan telefon supaya hadir ke majlis itu.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas jemputan yang dihantar oleh SUK melalui sms kepada semua pegawai kerajaan bersama pasangan ke program solat hajat itu dengan berpakaian baju kebangsaan dan sopan.
Harakah Daily.net

oleh :-Dzulfikar Mashoor & Hazayani Zakaria
 KUALA LUMPUR, 7 Feb: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menegaskan bahawa perintah membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah 'Allah' merupakan suatu hak yang diiktiraf di sisi Islam.
"Isu ini (kalimah Allah) bukan menentukan agama siapa benar dan agama siapa yang salah. Ini adalah hak yang diiktiraf oleh suatu agama pada suatu agama yang lain," jelas beliau dalam Forum Kalimah Allah di sebuh hotel di sini, malam tadi.
"Ini bukan dialog teologi atau perbandingan agama, sejauh mana kadar untuk mereka (bukan Islam) dibenarkan menggunakan kalimah  'Allah'."
Beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) turut mempersoal tindak-tanduk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana melarang masyarakat bukan Islam di Selangor dari menyebut nama 'Allah'.
"Jais gantung kain-kain rentang nama Allah untuk orang Islam sahaja, tetapi lagu negeri Selangor pun disebut nama Allah, takkan Jais nak tangkap orang bukan Islam yang menyanyikan lagu negeri dengan menyebut nama 'Allah'," ujarnya.
Jelasnya, pada logo polis pun terdapat kalimah Allah sedangkan logo tersebut turut dipakai oleh anggota-anggota polis yang bukan beragama Islam.
"Sepatutnya polis bersama-sama Jais tak boleh tahan masyarakat bukan Islam yang menyebut (kalimah) Allah, mereka kena tahan mereka dulu yang masuk Selangor kerana Selangor melarang orang bukan Islam (dari) menyebut  'Allah'," jelasnya.
Beliau yang juga pakar hadis mendedahkan suatu hadis sahih daripada Imam Bukhari sendiri pun merakamkan bahawa Raja Rom bernama Hercules turut diriwayatkan menyebut kalimah  'Allah'.
"Hercules bertanya dia (Abu Sufian) banyak soalan, antara yang diriwayatkan Imam Bukhari: Sebelum dia (Nabi Muhammad s.a.w) diutuskan menjadi seorang rasul, pernahkah kamu menuduh dia sebagai pembohong," jelasnya.
Menurut beliau, Abu Sufian yang ketika masih tidak memeluk Islam berkata  'tidak', lalu Hercules berkata bahawa mustahil Muhammad itu berbohong menggunakan nama 'Allah'.
"Lalu Hercules berkata: Kalau Muhammad ini kepada manusia pun tidak berbohong, maka fahamlah aku bahawa mustahil dia berbohong atas nama  'Allah'."
"Hercules sebut nama Allah (walaupun) dia Raja Rom, dia Kristian...terjemahan Abu Sufian adalah dia (Hercules) menyebut nama 'Allah' dan terjemahan itu ada di dalam Sahih Bukhari," jelasnya.
Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng kemudiannya mendedahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula bergiat menghalang penerbitan akhbar mingguan The Herald terbitan Katholik bukan disebabkan akhbar itu memohon menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mereka.
Sebaliknya, menurut dakwaan Chua, KDN berasa tidak selesa apabila mendapati kandungan The Herald cenderung menyokong parti-parti pembangkang ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.
"Sewaktu Bersih (Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil) mengadakan demontrasi besar-besaran di ibu negara, The Herald Katholik menerbitkan di muka hadapan majalah itu gambar-gambar dan tulisan-tulisan menyokong Bersih," jelasnya.
"Apabila KDN yang dimiliki oleh Umno menyedari tentang itu, Umno mendapati Kristian di negara ini banyak menyokong pembangkang khususnya PAS, di samping PKR dan DAP yang boleh menjejas Umno (dalam) PRU12, mereka mula mengharamkan The Herald."
Katanya lagi, usaha mengharamkan penerbitan The Herald bukan disebabkan faktor agama, tetapi demi menjaga kepentingan Umno.
Ekoran itu, menurut beliau, pihak Gereja Katholik terpaksa menggunakan  'jalan Mahkamah' dengan memohon menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald demi mencegah konspirasi Umno tersebut.
Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi menjelaskan bahawa rasa bimbang yang bersarang di kalangan umat Islam disebabkan tidak rela kalimah 'Allah' digunakan secara yang salah.
Pun begitu, menurut beliau, umat Islam tidak berhak melarang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah 'Allah' itu.
"Kita tak ada hak melarang mereka (bukan Islam) nak guna kalimah Allah, tapi jika mereka guna secara salah dan inilah menjadi asas kebimbangan umat Islam dalam negara kita," jelasnya.
Bercakap di depan lebih 500 hadirin dari pelbagai agama, beliau secara peribadi melahirkan rasa bimbang sekiranya kalimah  'Allah' itu diletakkan di restoran-restoran yang menjual produk atau makan tidak halal, yang akhirnya mengelirukan umat Islam.
Disebabkan kebimbangan tersebut, beliau menggesa pihak berwajib supaya menjelaskan  'kadar’ menggunakan kalimah Allah di kalangan masyarakat Islam secara undang-undang yang praktikal.
Dalam forum tersebut, beliau turut mengulangi ketetapan PAS iaitu masyarakat bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, tetapi tidak boleh digunakan pada tempat yang salah serta bertujuan menyampaikan dakyah ke atas umat Islam sendiri.
Forum anjuran Lajnah Penerangan Pemuda PAS Pusat itu turut menampilkan ketuanya, Suhaizan Kayat selaku moderator.
Harakah Daily.net

SMS dari seorang teman..

Assalamualaikium...wbt

Renungkan

27.11.09 (Jumaat) - Aidil adha

18.12.09 (Jumaat) - Awal Muharram

25.12.09 (Jumaat) - Hari Krismas

01.01.2010 (Jumaat) - Tahun Baru masehi

26.02.2010 (Jumaat) - Mulidur rasul

02.04.2010 (Jumaat) - matinya yesus kristus (kristian)

28.06.2010 (Jumaat) - Hari wesak

27.08. 2010 (Jumaat) - Nuzul AlQuran

05.11.2010 (Jumaat) - Deepavali

10.09.2010 (Jumaat) - Aidil fitri

adakah hari kiamat semakin hampir dan mungkin berlaku pada hari JUMAAT AKAN DATANG???

HANYA ALLAH SAJA YANG MAHA MENGETAHUI..
Dengan keadaan bencana Alam yang semakin dasyat dan keadaan perangai manusia yang semakin terbalik.

MUNGKIN Kiamat semakin hampir..

maka ingat mengingatilah kita agar tidak leka walaupun sesaat untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Semoga kita sama-sama diampunkan dosa dan ditempatkan bersama para anbiya dan syuhada di hari pembalasan nanti.

"pesanan ini telah ku ambil dari laman web sekolahku..sama2lah kita renung..terlalu banyak peringatan yang telah Allah tunjukkan untuk kita...tapi kita masih juga tidak peduli..sedangkan hakikatnya kiamat sudah terlalu hampir dengan kita...bagaimanakah nasib kita nanti???...muhasabahlah, bertaubatlah, selagi kita diberi peluang dan ruang..."


YA ALLAH, AMPUNKAN DOSA-DOSA KU...aminnn


h^r!z^m