• Hadis 6/40 : Imam Nawawi

    Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

cArA-caRa nk mGkoVer maLu

Posted by Sharifuddin On 2:42 PM 0 comments

Kalau tersepak batu.. Jangan terus bangun, sebaliknya baring dan terus terguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai… lepas tu baru bangun bila takde orang nampak.  
Kalau terjatuh besikal..cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi hingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak.  
Kalau terjatuh tangga..terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.  
Kalau terjatuh longkang.. pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda sangat prihatin terhadap kbersihan.  
Kalau terjatuh ketika nak naik bas..jeritlah kuat-kuat..”oi! apa tolak-tolak ni?”walaupun tiada orang di belakang anda.  
Kalau terjatuh di depan bus stop..terus buat-buat pengsansehingga ada orang Bantu anda..kalau takde..terus baring sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu..haa..inilah masa sesuai untuk bangun semula..
 Kalau tergelincir kat lantai licin..tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya taklah anda sorang je yang dapat malu..ye tak?..


    SELAMAT MENCUBA!!!!!!

    Categories:

    0 Response for the "cArA-caRa nk mGkoVer maLu"

    Post a Comment